DomainFork
Markets
MarketsCompaniesCryptoCommoditiesIslamic Finance
Money
Personal FinanceProperty
World
MalaysiaASEANAsiaWorld
Business
TechnologyStartupsOpinion
Intelligence
AI EdgeOSINT Desk
Media
VideoAudioLifestyle
Breaking
Nota yang Terselit pada sebuah Manuskrip al-Qur'an EmasAjinomoto Resolves Social Issues through ASV InitiativesSemakan Keputusan SPM 2023 Secara Online / SMSHari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di MalaysiaRM3 Off for You!How AI Is Transforming Malaysian Businesses: Opportunities and ChallengesCorporate Governance StatementThe Rise of AI Agents: How Businesses Will Operate Differently in 2026Social ActivitiesMY Koleksi: Limited Edition 7-Eleven Collectible Trucks Are Here!Semurni KasihIklan Jawatan Kosong – Pegawai Tadbir Gred N9 (KONTRAK) di Kementerian Kemajuan Desa Dan WilayahKaren Khoo Kah MeiCheah Ping HueyMedia Statement No. 44-2026_SUHAKAM Expresses Concern Over Court Of Appeal Ruling On Children’s CitizenshipPEMAKLUMAN KENYATAAN BAGI PEROLEHAN BEKALAN 36 UNIT ALAT PENGHAWA DINGIN DI PUSAT PERTAHANAN AWAM SARAWAK (PUSPA)Dialog Bersama Ketua Menteri Melaka Bersama Pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL)PEMAKLUMAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DI PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM JOHOR BAHRU BAGI TEMPOH 36 BULANIklan Pengambilan Personel Mystep Short-Term Employment Program (MySTEP)Dialog Bersama Ketua Menteri Melaka & Pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL)Nota yang Terselit pada sebuah Manuskrip al-Qur'an EmasAjinomoto Resolves Social Issues through ASV InitiativesSemakan Keputusan SPM 2023 Secara Online / SMSHari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di MalaysiaRM3 Off for You!How AI Is Transforming Malaysian Businesses: Opportunities and ChallengesCorporate Governance StatementThe Rise of AI Agents: How Businesses Will Operate Differently in 2026Social ActivitiesMY Koleksi: Limited Edition 7-Eleven Collectible Trucks Are Here!Semurni KasihIklan Jawatan Kosong – Pegawai Tadbir Gred N9 (KONTRAK) di Kementerian Kemajuan Desa Dan WilayahKaren Khoo Kah MeiCheah Ping HueyMedia Statement No. 44-2026_SUHAKAM Expresses Concern Over Court Of Appeal Ruling On Children’s CitizenshipPEMAKLUMAN KENYATAAN BAGI PEROLEHAN BEKALAN 36 UNIT ALAT PENGHAWA DINGIN DI PUSAT PERTAHANAN AWAM SARAWAK (PUSPA)Dialog Bersama Ketua Menteri Melaka Bersama Pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL)PEMAKLUMAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DI PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM JOHOR BAHRU BAGI TEMPOH 36 BULANIklan Pengambilan Personel Mystep Short-Term Employment Program (MySTEP)Dialog Bersama Ketua Menteri Melaka & Pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
Home/OSINT
Economy

Meneroka Sastera Alam dalam Alam Sastera

Usaha sastara alam dapat membentuk pemikiran dan budaya yang menghargai alam sekitar sekaligus menyumbang kepada pengurangan risiko krisis alam sekitar yang boleh mendatangkan bencana kepada kehidupan.

Source: Akademi Jawi Malaysia · July 29, 2026 at 10:59 PM · AI-assisted report

Meneroka Sastera Alam dalam Alam Sastera
DomainFork
Photo: Wikimedia Commons — Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 JULY 2026 —

Listen to this article

DomainFork Audio · read aloud

Headline: Meneroka Sastera Alam dalam Alam Sastera Lead: Usaha sastara alam dapat membentuk pemikiran dan budaya yang menghargai alam sekitar sekaligus menyumbang kepada pengurangan risiko krisis alam sekitar yang boleh mendatangkan bencana kepada kehidupan. Body: Pada hari Ahad, 5 Julai 2026, telah diadakan webinar “Sastera Alam dalam Alam Sastera” bertempat di Studio Akademi Jawi Malaysia. Webinar ini dipengerusikan oleh Rebecca Ilham bersama tiga orang ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing, iaitu Profesor Emeritus Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang merupakan penulis buku Sastera Alam dalam Alam Sastera , Profesor Madya Dr. Norhayati Ab Rahman dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Dr. Wan Izar Haizan Wan Rosely dari Kementerian Ekonomi yang berpengalaman luas dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan infrastruktur air. Webinar ini diadakan bertujuan membahas kandungan buku Sastera Alam dalam Alam Sastera yang merupakan karya baharu Ir. Dr. Zaini Ujang.

Market Impact

Penulis menyatakan bahawa penerbitan buku ini adalah bersempena Syarahan Keris Mas yang kelima yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan syarahan ini adalah untuk menampilkan tokoh atau individu yang mempunyai kepakaran merentas disiplin ilmu sastera. Menerusi syarahan ini, Ir. Dr. Zaini Ujang memerihalkan konsep sastera alam ( eco-literature ) dan puisi alam ( ecopoetry ) dengan menjadikan alam sebagai perkara utama yang dibincangkan dalam karya. Pengertian ini berbeza dengan karya sastera yang menjadikan alam sebagai salah satu unsur dalam tema dan persoalan yang melatari pengkaryaan.

Menurut beliau lagi, tema alam sekitar ini tidak diangkat ke tempat yang sewajarnya. Karya-karya sastera alam yang bertemakan perubahan iklim, kelestarian sungai dan sebagainya kurang digembar-gemburkan dalam masyarakat, khususnya di Malaysia. Beliau menyebut sebuah buku yang ditulis oleh moderator, iaitu sebuah novel remaja yang berjudul Bumi Lestari . Novel ini memenangi tempat kedua dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2010 yang bertemakan alam sekitar, namun kurang dibicarakan. Justeru, Ir. Dr. Zaini Ujang berharap dengan penulisan buku Sastera Alam dalam Alam Sastera, kesedaran tentang pelestarian alam sekitar akan meningkat serta dapat menyemarakkan penulisan dalam sastera alam.

Dr. Norhayati Abd Rahman menyatakan kekagumannya terhadap wajah fizikal buku Sastera Alam dalam Alam Sastera . Beliau berpendapat bahawa buku ini cantik secara zahirnya dengan pemilihan warna kulit buku yang senada. Beliau memberi pandangan bahawa dari segi anatomi, rupa luaran buku ini boleh disempurnakan lagi keadaannya. Beliau juga menyebut bahawa konsep sastera alam dalam buku ini tidak lari dari apa yang kita sedia tahu dalam konteks sastera Melayu, persis dengan apa yang terdapat dalam sastera Melayu. Apa yang membezakan ialah pemusatan fokusnya, kerana jika sebelum ini unsur alam sering dijadikan sebagai latar, perlambangan atau pelengkap kepada penceritaan dalam sesebuah karya, buku Sastera Alam dalam Alam Sastera pula meletakkan alam sebagai teras perbincangan dan unsur utama yang dianalisis.

Menurut Dr. Norhayati lagi, dengan kata lain, alam tidak lagi dilihat sekadar elemen sampingan dalam karya sastera, sebaliknya diberi perhatian khusus sebagai medium yang membawa nilai, pemikiran, falsafah dan kesedaran tentang hubungan manusia dengan alam sekitar. Beliau juga berpendapat bahawa sastera alam patut dijadikan sebagai wahana yang menyediakan dimensi kemanusiaan supaya kelestarian alam ini tidak dipandang remeh. Misalnya, mengangkat isu-isu seperti pencemaran alam, kemusnahan hutan dan perubahan iklim dalam karya sastera yang mampu menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab mereka untuk memelihara kelestarian alam.

Seterusnya Dr. Norhayati menyimpulkan bahawa buku Sastera Alam dalam Alam Sastera telah memberikan panduan atau kerangka yang boleh dijadikan sebagai alat pandu kepada para penulis, khususnya dalam bidang kesusasteraan Melayu untuk berfikir di luar kotak. Beliau memetik beberapa karya sastera yang bertemakan alam sekitar seperti novel Bima Sakti Menari oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (Keris Mas), Desir Angin di Pergunungan (S. Othman Kelantan), Transgenesis: Bisikan Rimba (Nazry Salam), cerpen-cerpen hasil karya Fatimah Busu misalnya Lambaian Tanah Hijau dan Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan dan lain-lain lagi. Dr. Norhayati berpendapat bahawa buku-buku ini boleh menjadi pencetus kepada kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan khalayak yang membaca.

Dr. Wan Izar Haizan selaku penyunting buku ini berharap agar buku ini mempunyai unsur mengajak untuk menggerakkan masyarakat pelbagai kumpulan mengambil tindakan bagi melestarikan alam sekitar. Beliau menyebut bahawa telah “jatuh cinta” dengan naratif yang disusun oleh penulisnya yang dipersembahkan secara berstruktur. Beliau menyatakan bahawa beliau belum lagi pernah membaca buku yang mempunyai elemen “what next”. Baginya, penegasan “what’s next” ini penting supaya anak muda yang hendak berjuang untuk alam sekitar ini tahu apa yang perlu mereka lakukan pada masa akan datang untuk menyelamatkan dunia dan alam sekitar secara khusus.

Selanjutnya, Ir. Dr. Zaini Ujang menyatakan bahawa individu yang tidak mempelajari ilmu hidrologi khususnya secara formal di mana-mana institusi pendidikan akan memperoleh serba sedikit ilmu tentang alam sekitar dengan membaca buku Sastera Alam dalam Alam Sastera . Maka beliau berharap agar buku ini dapat memberikan pendedahan kepada khalayak tentang ilmu alam sekitar terutama sekali isu pelestarian alam sekitar yang sudah menjadi kritikal sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pemilihan tajuk Sastera Alam dalam Alam Sastera dapat menarik minat lebih ramai para sasterawan untuk lebih memahami akan keperluan sastera alam. Menurut beliau, karya sastera ini berperanan penting dalan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan keprihatinan masyarakat terhadap alam sekitar. Usaha ini juga diharapkan dapat membentuk pemikiran dan budaya masyarakat yang lebih menghargai alam sekitar sekaligus menyumbang kepada pengurangan risiko krisis alam sekitar yang boleh mendatangkan bencana kepada kehidupan.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kesedaran terhadap pelestarian alam sekitar melalui pembacaan. Miliki naskhah Sastera Alam dalam Alam Sastera dan hayati perspektif baharu yang menghubungkan sastera, kemanusiaan serta kelestarian alam. Jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang lebih cakna terhadap alam sekitar dengan memiliki buku ini. Source: Akademi Jawi Malaysia Published: 2026-07-08T05:25:04.000Z Region: OSINT Topic: Economy (AI-assisted rewrite, based on the original source)

Related: Kuala Lumpur

Suggested Reads

Nota yang Terselit pada sebuah Manuskrip al-Qur'an EmasAjinomoto Resolves Social Issues through ASV InitiativesSemakan Keputusan SPM 2023 Secara Online / SMSHari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di Malaysia

Analyst Consensus — This Week

Neutral6.3/10AI sentiment across 99 stories · not investment advice

The Daily Brief · Free

Five market signals.
Five minutes. Every morning.

AI-curated intelligence on Malaysia, ASEAN, and global markets — before the opening bell.

  • ✓ KLCI, ringgit & sector movers
  • ✓ The AI Edge sentiment read
  • ✓ No spam — one email, weekday mornings

Free daily market briefing. No spam, unsubscribe anytime.

DomainFork

Malaysian financial intelligence — AI-assisted coverage of finance, economics, technology, and open-source data across Malaysia, ASEAN, and the world.

Sections

  • Malaysia
  • ASEAN
  • Asia
  • World
  • Tech
  • Markets

Intelligence

  • AI Daily Briefing
  • OSINT Desk
  • Video
  • Audio

Company

  • About Us
  • Editorial Standards
  • Advertise
  • Contact the Desk

Disclaimer: DomainFork provides financial, economic, technology, and OSINT information for general education and research. AI summaries, sentiment scores, and market data are not investment advice. Consult a licensed professional before making financial decisions.

© 2026 DomainFork. All rights reserved.

Powered by: Codint Technology : codint.io