Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan
ARAU: Niat murni seorang lelaki untuk membantu mangsa kemalangan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dirempuh sebuah Perodua Axia yang dipercayai terbabas di Jalan Kuala Perlis-Changlun, berhampiran Sungai Chempa, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang operator kilang berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat […] The post Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan appeared first on NAZZNCO.my .
Source: NAZZ&CO · August 6, 2026 at 10:11 AM · AI-assisted report

KUALA LUMPUR, 6 AUGUST 2026 —
Listen to this article
DomainFork Audio · read aloud
Headline: Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Lead: ARAU: Niat murni seorang lelaki untuk membantu mangsa kemalangan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dirempuh sebuah Perodua Axia yang dipercayai terbabas di Jalan Kuala Perlis-Changlun, berhampiran Sungai Chempa, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang operator kilang berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat […] The post Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan appeared first on NAZZNCO.my . Body: ARAU: Niat murni seorang lelaki untuk membantu mangsa kemalangan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dirempuh sebuah Perodua Axia yang dipercayai terbabas di Jalan Kuala Perlis-Changlun, berhampiran Sungai Chempa, pagi tadi.
Market Impact
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang operator kilang berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, mangsa ketika itu sedang membantu seorang polis bantuan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berusia 36 tahun yang terbabit dalam kemalangan lebih awal.
Menurutnya, sebelum kejadian, kereta Honda City dipandu polis bantuan berkenaan dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok selepas melalui kawasan yang digenangi air.
“Operator kilang itu berhenti untuk memberikan bantuan kepada polis bantuan terbabit. Bagaimanapun, ketika mereka berada di lokasi, sebuah Perodua Axia yang dipandu seorang doktor wanita berusia 35 tahun dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu melanggar kedua-dua mereka.
“Akibat rempuhan itu, operator kilang berkenaan tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu Perodua Axia dan polis bantuan tersebut mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF bagi tujuan bedah siasat.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Source: NAZZ&CO Published: 2026-08-06T09:24:19.000Z Region: Companies Topic: Economy (AI-assisted rewrite, based on the original source)