Iconic Worldwide lancar Iconic Harmony projek mewah mampu milik
PULAU PINANG: Iconic Maison Sdn Bhd (Iconic Maison), anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide Bhd (Iconic Worldwide), melancarkan projek hartanah inovatif terbarunya, Iconic Harmony, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM300 juta.
Source: Iconic Worldwide Berhad · August 3, 2026 at 10:59 PM · AI-assisted report
KUALA LUMPUR, 4 AUGUST 2026 —
Listen to this article
DomainFork Audio · read aloud
Headline: Iconic Worldwide lancar Iconic Harmony projek mewah mampu milik Lead: PULAU PINANG: Iconic Maison Sdn Bhd (Iconic Maison), anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide Bhd (Iconic Worldwide), melancarkan projek hartanah inovatif terbarunya, Iconic Harmony, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM300 juta. Body: PULAU PINANG: Iconic Maison Sdn Bhd (Iconic Maison), anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide Bhd (Iconic Worldwide), melancarkan projek hartanah inovatif terbarunya, Iconic Harmony, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM300 juta.
Kumpulan dalam satu kenyataan berkata, Iconic Harmony yang terletak di Alma, Bukit Mertajam menampilkan 751 rumah mampu milik pegangan bebas dalam bangunan setinggi 36 tingkat. Setiap unit kediaman menawarkan keluasan 900 kaki persegi, termasuk 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
Dikenali sebagai pembangunan hartanah “mewah mampu milik”, Iconic Harmony menampilkan lebih daripada 30 jenis kemudahan fasiliti, termasuk kolam renang infiniti, jakuzi, taman air kanak-kanak, bola keranjang separuh gelanggang, kawasan hijau yang subur, kawasan rekreasi, bilik gim dan dewan komuniti. Lot kedai komersial di tingkat bawah menawarkan lokasi utama untuk perniagaan yang sedang berkembang sambil menyediakan kemudahan untuk penduduk Iconic Harmony.
Ia terletak di lokasi strategik iaitu di persimpangan Jalan Rozhan dan Jalan Alma, Iconic Harmony berdekatan dengan kedai makanan dan minuman, bank, pasar basah, sekolah, Hospital Bukit Mertajam, dan pelbagai pasar raya seperti Aeon Mall dan Lotus.
Projek berkenaan adalah tambahan terkini kepada portfolio hartanah Iconic Worldwide, termasuk Iconic Point, pembangunan komersial yang terkenal di Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, Datuk Seri Tan Kean Tet, berkata: “Dengan pelbagai kemudahan, Iconic Harmony telah direka untuk menggalakkan hubungan dan interaksi antara penduduk serta membentuk rasa komuniti dan kesepaduan. Kami telah menjalankan pelbagai usaha dalam merekabentuk kawasan dalam Iconic Harmony, termasuk halaman taman, taman air kanak-kanak dan bilik gimnasium.”
Tambah beliau, Iconic Harmony berpegang teguh pada asas kami seperti tumpuan kami pada kualiti, lokasi utama dan nilai yang unggul .
“Saya yakin Iconic akan menjadi penanda aras baharu pada aras harga ini dan mentakrifkan semula konsep ‘mewah mampu milik.’
“Berdasarkan respons positif yang kami terima semasa pelancaran unit pameran kami bulan lalu, kami menjangkakan ini akan menjadi salah satu projek kami yang paling Berjaya setakat ini,” katanya.
Beliau menambah, berkenaan dengan lot komersial, susulan sambutan amat memberangsangkan, hanya 10 peratus daripada pemohon yang berjaya mendapatkan unit.
“Permintaan yang tinggi untuk unit komersial menyebabkan proses pemilihan yang kompetitif. Walaupun kami gembira untuk pembeli yang berjaya mendapatkan unit, kami juga kesal kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan.
“Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan kami akan berusaha untuk menyediakan projek pembangunan yang memenuhi pelbagai keperluan pada masa akan datang.”
Iconic Maison akan mengadakan cabutan bertuah yang mana akan menyaksikan tiga pembeli Iconic Harmony awal memandu pulang kenderaan yang hebat, anggun dan bergaya. Untuk direbut adalah Tesla Model 3, BYD Atto 3, dan Honda WR-V, bernilai sebanyak RM500,000 secara keseluruhannya. Source: Iconic Worldwide Berhad Published: 2024-04-22T09:18:00.000Z Region: Companies Topic: Economy (AI-assisted rewrite, based on the original source)
Related: Tesla
Malaysia Impact
Global development — watch for knock-on effects on oil prices, the ringgit, and KLCI risk sentiment.