Land and General Berhad lancar Damansara Laverra bernilai RM752 juta, 61% unit ditempah dalam sehari
… The post Land and General Berhad lancar Damansara Laverra bernilai RM752 juta, 61% unit ditempah dalam sehari appeared first on Land General Berhad .
Source: Land & General Berhad · August 5, 2026 at 10:57 PM · AI-assisted report

KUALA LUMPUR, 6 AUGUST 2026 —
Listen to this article
DomainFork Audio · read aloud
Headline: Land and General Berhad lancar Damansara Laverra bernilai RM752 juta, 61% unit ditempah dalam sehari Lead: … The post Land and General Berhad lancar Damansara Laverra bernilai RM752 juta, 61% unit ditempah dalam sehari appeared first on Land General Berhad . Body: KUALA LUMPUR 18 Mei – Land & General Berhad (L&G) melancarkan pembangunan kediaman bertingkat pegangan bebas terbaharunya, Damansara Laverra, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM752 juta di Bandar Sri Damansara.
L&G memaklumkan lebih 600 unit berjaya ditempah dalam tempoh sehari pelancaran, mewakili kira-kira 61% daripada keseluruhan unit yang ditawarkan di bawah pembangunan berkenaan.
“Sambutan tersebut mencerminkan keyakinan pasaran yang masih kukuh terhadap projek kediaman pegangan bebas di kawasan strategik selain memperlihatkan permintaan berterusan dalam koridor Damansara.
“Prestasi ini turut disokong kejayaan projek berhampiran milik kumpulan tersebut iaitu Damansara Livista dan Residensi Kamelia yang masing-masing mencatat kadar pengambilan sekitar 90% dan 83% setakat 30 April 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Damansara Laverra dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.84 ekar dan terdiri daripada dua menara yang menempatkan sebanyak 1,008 unit kediaman.
Pembangunan itu menawarkan pilihan susun atur dua, tiga dan empat bilik dengan keluasan binaan antara 725 kaki persegi hingga 1,150 kaki persegi bagi memenuhi keperluan pembeli yang mahu menaik taraf kediaman serta keluarga yang sedang berkembang.
Harga jualan purata projek itu adalah sekitar RM870 bagi setiap kaki persegi dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2030.
Dari segi lokasi, Damansara Laverra terletak kira-kira 500 meter dari stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara West yang akan dihubungkan melalui laluan berbumbung.
Pembangunan itu juga mempunyai akses mudah ke rangkaian lebuh raya utama selain mendapat manfaat daripada ekosistem Bandar Sri Damansara yang lengkap dengan kemudahan gaya hidup, pusat komersial dan institusi pendidikan.
Antara kemudahan berhampiran termasuk The FLO, Ativo Plaza dan pusat beli-belah DA Central Mall yang bakal dibangunkan selain sekolah milik kumpulan itu iaitu Sri Bestari Private School dan Sri Bestari International School.
Sementara itu, Pengarah Urusan Low Gay Teck berkata Damansara Laverra menawarkan peluang kepada pembeli untuk memiliki kediaman bertingkat pegangan bebas dengan pilihan sehingga empat bilik tidur dalam salah satu kawasan kediaman paling matang dan mapan di Lembah Klang.
“Bandar Sri Damansara terus menarik minat pembeli kerana memiliki ekosistem perbandaran lengkap, jaringan pengangkutan yang baik serta tahap kebolehdiaman jangka panjang yang tinggi untuk keluarga dan pemilik kediaman sendiri.
“Damansara Laverra turut menampilkan konsep hanya lapan hingga 12 unit bagi setiap tingkat dengan empat disediakan bagi meningkatkan privasi dan keselesaan penghuni,” katanya.
Selain itu, ia turut dilengkapi pelbagai kemudahan gaya hidup seperti kolam renang 50 meter, air terjun tiga tingkat serta kawasan rekreasi “Camping by the Sky” yang berpusat di taman Senses Park seluas 5.21 ekar. - DagangNews.com
1. Berbentuk analisis peribadi (Op-Ed) mengenai sesuatu isu atau topik, bukan plagiat
a. berkaitan perniagaan, perdagangan, keusahawanan, pelaburan
d. Sektor industri khusus seperti minyak sawit, getah, penerbangan, minyak dan gas
a. Penemuan penyelidikan Sains & Teknologi serta teori dan konsep
e) Tidak melebihi 1,000 patah perkataan dan tidak kurang daripada 600.
a) Jika didapati artikel sama disiarkan di media lain kerana penulis menghantar merata-rata, nama penulis akan disenaraihitamkan.
b) Sila kemukakan Nama sebenar, Cadangan nama siaran dan emel untuk dihubungi (untuk rekod). Source: Land & General Berhad Published: 2026-05-17T18:15:28.000Z Region: Companies Topic: Economy (AI-assisted rewrite, based on the original source)
Malaysia Impact
Global development — watch for knock-on effects on oil prices, the ringgit, and KLCI risk sentiment.