Jojo Ghazali terima darjah kebesaran Ahli Bintang Sarawak
Jojo Ghazali terima darjah kebesaran Ahli Bintang Sarawak husna_yusop@as… Fri, 14 Aug 2026 - 07:51 PETINJU Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali, melakar satu lagi detik bermakna dalam kariernya apabila menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS). Pengurniaan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Jojo, antara 154 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak pada istiadat berkenaan. Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap pencapaian serta sumbangannya dalam mengharumkan nama Sarawak menerusi sukan Muay Thai. Bagi anak muda berusia 19 tahun yang sinonim dengan aksi agresif di gelanggang itu, pengiktirafan berkenaan ternyata cukup dekat dengan hatinya memandangkan Sarawak merupakan negeri yang banyak membentuk perjalanan kariernya. Menerusi hantaran di media sosial, Jojo menyifatkan Sarawak mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya. Mengungkapkan 'Agi idup, agi ngelaban' menggambarkan semangat yang menjadi pegangan petarung itu dalam mengharungi dunia sukan tempur. "Di Sarawak kami mempunyai pepatah ‘Agi idup agi ngelaban’ yang bermaksud ‘Selagi saya hidup, selagi itulah saya akan berjuang’ dan saya berpegang teguh pada prinsip itu. "Kepada bandar yang sentiasa di hati saya, terima kasih atas pengiktirafan ini. Alhamdulillah. "Saya akan terus berusaha sehabis baik untuk mengharumkan nama tempat ini” tulisnya. Image Dalam satu lagi hantaran, Jojo sempat mencuit hati pengikutnya dengan mempersoalkan sama ada pengiktirafan tersebut menjadikannya secara rasmi sebagai ‘harta negara’. "Secara rasminya sebuah khazanah negara? "Alhamdulillah. Terima kasih Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan terima kasih Sarawak. Pingat (ABS) Ahli Bintang Sarawak." “Dato’ Jojo soon?” katanya berseloroh. Walaupun masih muda, nama Jojo bukan lagi asing dalam arena Muay Thai antarabangsa. Mewakili Rentap Muaythai Gym, Jojo mula menceburi sukan tersebut ketika berusia 10 tahun sebelum membina nama di pentas tempatan dan antarabangsa. Kedua-dua ibu bapanya juga mempunyai latar belakang dalam Muay Thai, sekali gus menjadikan sukan itu sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil. Antara pencapaian terbesar yang melonjakkan namanya ialah kejayaan menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menewaskan wakil Rusia, Rustam Yunusob. Jojo kemudian mencuri perhatian menerusi pentas ONE Championship selepas beberapa kemenangan meyakinkan yang akhirnya membolehkannya memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM408,640) bersama organisasi seni bela diri berkenaan. Daripada seorang remaja yang berlatih di gim Muay Thai di Sarawak, Jojo kini berdiri sebagai antara wajah muda Malaysia yang mendapat perhatian di pentas antarabangsa. - Sinar Harian Disable Ads Off Brand Safe On PETINJU Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali, melakar satu lagi detik bermakna dalam kariernya apabila menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS). Pengurniaan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Jojo, antara 154 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak pada istiadat berkenaan. Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap pencapaian serta sumbangannya dalam mengharumkan nama Sarawak menerusi sukan Muay Thai. Bagi anak muda berusia 19 tahun yang sinonim dengan aksi agresif di gelanggang itu, pengiktirafan berkenaan ternyata cukup dekat dengan hatinya memandangkan Sarawak merupakan negeri yang banyak membentuk perjalanan kariernya. Menerusi hantaran di media sosial, Jojo menyifatkan Sarawak mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya. Mengungkapkan 'Agi idup, agi ngelaban' menggambarkan semangat yang menjadi pegangan petarung itu dalam mengharungi dunia sukan tempur. "Di Sarawak kami mempunyai pepatah ‘Agi idup agi ngelaban’ yang bermaksud ‘Selagi saya hidup, selagi itulah saya akan berjuang’ dan saya berpegang teguh pada prinsip itu. "Kepada bandar yang sentiasa di hati saya, terima kasih atas pengiktirafan ini. Alhamdulillah. "Saya akan terus berusaha sehabis baik untuk mengharumkan nama tempat ini” tulisnya. Image Dalam satu lagi hantaran, Jojo sempat mencuit hati pengikutnya dengan mempersoalkan sama ada pengiktirafan tersebut menjadikannya secara rasmi sebagai ‘harta negara’. "Secara rasminya sebuah khazanah negara? "Alhamdulillah. Terima kasih Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan terima kasih Sarawak. Pingat (ABS) Ahli Bintang Sarawak." “Dato’ Jojo soon?” katanya berseloroh. Walaupun masih muda, nama Jojo bukan lagi asing dalam arena Muay Thai antarabangsa. Mewakili Rentap Muaythai Gym, Jojo mula menceburi sukan tersebut ketika berusia 10 tahun sebelum membina nama di pentas tempatan dan antarabangsa. Kedua-dua ibu bapanya juga mempunyai latar belakang dalam Muay Thai, sekali gus menjadikan sukan itu sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil. Antara pencapaian terbesar yang melonjakkan namanya ialah kejayaan menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menewaskan wakil Rusia, Rustam Yunusob. Jojo kemudian mencuri perhatian menerusi pentas ONE Championship selepas beberapa kemenangan meyakinkan yang akhirnya membolehkannya memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM408,640) bersama organisasi seni bela diri berkenaan. Daripada seorang remaja yang berlatih di gim Muay Thai di Sarawak, Jojo kini berdiri sebagai antara wajah muda Malaysia yang mendapat perhatian di pentas antarabangsa. - Sinar Harian Main Image Image Disable Ads Off Brand Safe On Post to Facebook On Post to X (Twitter) On Sub Category Malaysia Google analytics counter 0 External authors 4
Source: Astro Awani · August 14, 2026 at 4:08 AM · AI-assisted report

KUALA LUMPUR, 14 AUGUST 2026 —
Listen to this article
DomainFork Audio · read aloud
Malaysian Muay Thai Prodigy Jojo Ghazali Honored with Sarawak’s Highest State Award
Market Impact
KUALA LUMPUR, Aug 14 — Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, widely known as Jojo Ghazali, has been awarded the Ahli Bintang Sarawak (ABS) state honor by Sarawak’s Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. The conferment took place during the Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak at Astana Negeri Sarawak on Thursday, where 154 individuals were recognized for their contributions to the state.
The ABS is conferred as a mark of appreciation for Ghazali’s achievements and his role in elevating Sarawak’s profile through Muay Thai. At just 19 years old, Ghazali has become a symbol of the state’s sporting excellence, with Sarawak playing a pivotal role in shaping his career.
In a social media post, he reflected on the significance of the honor, invoking the Iban proverb Agi idup, agi ngelaban—“As long as I live, I will fight”—a mantra that has guided his journey in combat sports.
“Sarawak holds a special place in my life,” Ghazali wrote. “To the city that is always in my heart, thank you for this recognition. Alhamdulillah. I will continue to strive to bring pride to this place.” He also humorously questioned whether the award officially designated him as a “national treasure,” writing, “Officially a national treasure? Alhamdulillah. Thank you, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, and thank you, Sarawak. ABS medal.
Dato’ Jojo soon?” Ghazali’s rise in Muay Thai began at the age of 10, training under Rentap Muaythai Gym in Sarawak. His parents, both with backgrounds in the sport, nurtured his early interest, embedding Muay Thai into his life from childhood. His breakthrough came in 2022 when he clinched the IFMA World Junior Muay Thai Championship by defeating Russia’s Rustam Yunusob, a victory that catapulted him into the global spotlight.
His success on the international stage continued with standout performances in ONE Championship, where a series of convincing wins secured him a US$100,000 (RM408,640) contract with the premier mixed martial arts organization. From a young athlete training in a local gym to a recognized name in international combat sports, Ghazali’s journey reflects the growing prominence of Malaysian athletes in global Muay Thai and MMA circuits.
The conferment of the ABS adds to Ghazali’s growing list of accolades and underscores Sarawak’s commitment to recognizing sporting talent. The state’s investment in grassroots sports development appears to be yielding results, with young athletes like Ghazali serving as role models for aspiring combat sports practitioners across Malaysia.
Regional sports analysts view Ghazali’s recognition as a positive development for Malaysia’s Muay Thai ecosystem. “This award not only honors an individual’s achievements but also highlights the potential of Sarawak’s sports infrastructure,” said a sports commentator familiar with the regional scene. “It sends a strong message to young athletes that dedication and hard work can lead to national and international recognition.”
For Ghazali, the honor is more than a personal milestone—it is a validation of his roots and a call to further elevate Sarawak’s standing in the global Muay Thai community. His future ambitions remain focused on competition and growth, with eyes set on defending his titles and expanding his influence in the sport.
As Malaysia continues to produce world-class athletes in combat sports, Ghazali’s story serves as an inspiration. His journey from a local gym in Sarawak to the international stage exemplifies the power of perseverance, community support, and the pursuit of excellence. With the ABS now added to his achievements, Ghazali’s next chapter promises to be as dynamic as his fighting style—relentless and full of promise.